dakwah ini merupakan tulang belakang bagi agama, jikalau manusia tidak mempunyai tulang belakang maka manusia tersebut tidak dapat berjalan,bergerak.,berdiri, atau sebagainya. .begitu juga dengan agama,jikalau tiada dakwah maka agama tidak akan bergerak,berjalan,tersebar dan sebagainya. .hukum dakwah lebih daripada fardu ain dan kifayah kerana hukumnya ialah maksudul hayah (maksud hidup) ia mengatasi daripada fardu ain dan kifayah .Maksud hidup umat akhir zaman ini dihantar oleh allah kepada seluruh umat manusia , iaitu untuk mengajak kepada makruf(kebaikan) dan mencegah mungkar (keburukan) . .jadi dengan adanya usaha dakwah maka insyallah kita dapat meningkatkan iman dan amal kita serta dapat mengajak manusia kepada kebaikan serta dapat mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran. .insyallah selamat beramal :).

Monday, 24 October 2011

Jihad wanita

"Wahai orang-orang yang beriman, berzikirlah dengan menyebut nama Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepadaNya di waktu pagi dan petang." (Al-Ahzab 41-42)












Pada suatu hari seorang wanita bernama Zainab yang bergelar Khatibatin-nisa’ telah menemui Rasulullah SAW lalu berkata: "Aku telah diutus oleh kaum wanita kepada engkau. Jihad yang diwajibkan oleh Allah ke atas kaum lelaki itu, jika mereka luka parah, mereka mendapat pahala. Dan jika mereka gugur pula, mereka hidup disisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki. Manakala kami kaum wanita, sering membantu mereka. Maka apakah pula balasan kami untuk semua itu?"
Bersabda Rasulullah SAW: "Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya TAAT KEPADA SUAMI SERTA MENGAKUI HAKNYA adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, TETAPI SANGAT SEDIKIT DARIPADA GOLONGAN KAMU YANG DAPAT MELAKUKANNYA." (Riwayat Al-Bazzar dan Ath-Thabrani)

No comments:

Post a Comment